Slide Title 1

Aenean quis facilisis massa. Cras justo odio, scelerisque nec dignissim quis, cursus a odio. Duis ut dui vel purus aliquet tristique.

Slide Title 2

Morbi quis tellus eu turpis lacinia pharetra non eget lectus. Vestibulum ante ipsum primis in faucibus orci luctus et ultrices posuere cubilia Curae; Donec.

Slide Title 3

In ornare lacus sit amet est aliquet ac tincidunt tellus semper. Pellentesque habitant morbi tristique senectus et netus et malesuada fames ac turpis egestas.

Friday, 26 July 2013

Percubaan masak bulan pose : Tilapia Goreng Paprik

Hahah.. ini resepi clearkan bahan dalam peti ais..

Tak tau nak masak apa ngan tilapia merah yang dibawa iparku .. so hentam jelah.. tengok apa bahan yang ada dalam peti je lah ..

1 ekor tilapia merah dibersihkan.. rendam dalam air asam jawa selama 20 minit..dan bersihkan semula.. perap dengan serbuk kunyit dan garam secukup rasa..


Bahan untuk sos/kuah :
2 ulas bawang putih - hiris
1 biji bawang besar - hiris
1 inci halia - hiris halus memanjang
2 helai daun limau purut - mayang halus
1 batang serai - mayang halus
2 sudu besar sos tomato
2 sudu besar sos tiram
1 sudu besar sos cili
2 biji cili padi hijau - dipotong
2 biji cili padi merah- dipotong
1 biji cili merah - potong halus mcm halia
1/2 biji carrot - potong halus mcm halia
1 biji tomato dipotong dadu
1/4 kiub ayam

Cara masak :
Goreng ikan tilapia merah yang telah diperap.. jangan terlalu garing
Angkat dan masukkan dalam pinggan
Kurangkan minyak yang diguna utk goreng ikan tadi... sesuaikan kuantiti untuk menumis aje..
Tumis bawang putih, halia dan bawang besar..hingga naik bau..
Masukkan serai + daun limau purut
Masukkan cili padi + cili merah
Masukkan sos tiram + kiub ayam dan masukkan air mengikut citarasa ( jika mahukan pekat, kurangkanlah air tu..
Masukkan sos cili+sos tomato dan tomato (dadu)
Masukkan carrot , garam dan gula secukup rasa - masak sekejap dan siap! ..

Boleh gaulkan dengan ikan goreng tadi terus atau siram saja di atasnya sebagai sos..

Selamat mencuba !



Percubaan masak bulan pose : Nasi Tomato

Buat suami tersayang yang teringin makan nasi tomato.. Alhamdulillah..menjadi gak la ..

Bahan untuk nasi :
Guna beras biasa sahaja-rendam 30-45 minit ( masak untuk 4 orang makan )
2 sudu besar minyak sapi
4 sekawan ( 5 biji pelaga, 1 kulit kayu manis, 5 bunga cengkih, 1 bunga lawang )
1 inci halia ( dihiris memanjang halus )
1 biji bawang besar ( dihiris )
2 ulas bawang putih ( dihiris )
1 sudu besar tomato puree
2 sudu teh sos tomato
1 cawan susu cair

Bahan untuk ayam :

4 ketul besar ayam (diperap dengan kunyit dan garam secukup rasa) - goreng dengan api perlahan sehingga masak ( tak perlu garing )


2 biji bawang besar (kisar)

2 ulas bawang putih (kisar)
1/2  inci halia (kisar)
2 sudu besar cili giiling (kisar)
2 biji cili merah (kisar)
1 biji tomato (kisar)
1 kiub ayam (kisar)
garam dan gula secukup rasa

2 sudu besar sos tomato
1 biji tomato (potong dadu)

Cara masak nasi :
Toskan beras yang direndam
Panaskan kan minyak sapi
Tumis 4 sekawan, bwg putih, halia, bawang besar,tomato puree dan sos tomato. (Masukkan bahan tumisan ini ke dalam periuk beras tadi, goreng beras tersebut 1 minit. Kemudian masukkan susu cair dan air secukupnya. Masaklah nasi tu sampai masak) - disebabkan takde tomato puree, saya blend buah tomato aje..

Cara masak ayam:
Masukkan minyak masak dlm kuali
Tumis semua bahan yang telah dikisar hingga naik minyak..masukkan sos tomato dan tomato yang dipotong dadu
Masukkan garam dan gula secukup rasa (tambah air sedikit jika terlalu pekat)
Masukkan ayam yang telah digoreng tadi..
Gaul sehingga sebati..

Nasi tomato sudah sedia untuk dimakan...tapi kenalah tunggu time bukak pose dulu ye..

Saturday, 9 March 2013

Hari Ke-5 Minggu 1 SMK TeMa2

Setibanya di sekolah aku menunjukkan kepada Ustazah Maznah muka depan Kerja Rumah Cuti Terancang yang telah siap dihasilkan.. dia meminta aku mencetaknya di komputer di Bilik Guru, tapi malangnya ink pula takde.. bila ku maklumkan semula padanya, Ustazah Maznah meminta ku untuk mencetak saja di mana2 yang boleh sebelum waktu rehat.. aku cuba menghubungi EIO untuk menumpang printer di makmal.. tapi masa tu ada guru yang sedang mengajar di makmal...tak elok kalau aku mengganggu..jadi EIO mencadangkan aku menumpang printer kerani di pejabat. Huwaaa..segannya.. sebab aku tak pernah nampak pulak cikgu lain cetak apa2 guna printer di pejabat..

Takpelah, aku tebalkan muka ke pejabat sambil cuba positifkan diri.."bila lagi aku nak biasakan diri dengan staf2 kat pejabat" .. Aku minta izin dari seorang staff untuk guna printer.. dengan senyuman manis dia mengizinkanku.. Fuhh.lega..rupanya takde apa2 pun yang perlu aku risau sebenarnya.. Aku kembali ke bilik guru dan menyerahkan dokumen yang telah dicetak kepada Ustazah Maznah.. bila disemak, ada tulisan yang agak kecil saiznya dan dia meminta ku mengubahnya semula.. aku terus mengeditnya seperti yang dikehendaki dan terus ke pejabat semula untuk mencetak..Alhamdulillah lega bila dah dapat siapkan apa yang diminta..



Aku menyiapkan apa saja yang perlu untuk kelas tengahari nanti..lagi pun folio nak kena hantar hari ni.. Khamis.... masih ada beberapa jam.. banyak lagi yg belum siap..terutama perancangan untuk minggu hadapan..wah..kena bertindak segera ni.. beberapa minit kemudian.. Ustazah Zabedah mendekatiku.. bertanyakan tentang waktu kelasku nanti..sama ada aku berkelapangan atau tidak pada pukul 1.30 hari nanti.. dia meminta pertolonganku untuk relief di Tingkatan 1Wawasan pada waktu tersebut kerana dia terpaksa ke hospital untuk menjenguk  anaknya yang sakit..


Yup! Kebetulan kelasku tamat pada pukul 1.30, jadi aku bersetuju.. Entah kenapa hatiku berdebar-debar bila mendengar Tingkatan 1 Wawasan...


Aku terus ke makmal untuk mengajar ICTL Tingkatan 1E1.. aku seronok dengan mereka..sangat aktif belajar dan sgt mudah dikawal... Terubat hatiku berbanding sesi P dan P ku semalam.. Tamat sahaja kelas, aku bergegas ke Ting. 1 Wawasan yang kelasnya agak unik iaitu di kabin sekolah..

Tingkatan 1 Wawasan merupakan kelas peralihan yang terdiri daripada 6 orang pelajar berbangsa Cina. Hanya  terdapat seorang sahaja pelajar perempuan dalam kelas ini.. mereka berusia 13 tahun. Pada hari ini, hanya terdapat 4 orang sahaja yang hadir.. Rasa bertuah pula dapat berkenalan dengan mereka.. kebetulan waktu itu adalah waktu untuk matapelajaran Sivik..jadi aku mengambil peluang untuk mendengar pengalaman mereka mengenai persiapan sambutan  Tahun Baru Cina pada tahun-tahun yang lepas.. Setiap pelajar menceritakan pengalaman yang berbeza.. mereka kelihatan seronok bercerita, tambahan pula minggu depan Tahun Baru Cina bakal disambut sekali lagi...mereka juga seronok berkongsi mengenai  persiapan yang dibuat untuk perayaan akan datang.. sehinggakan tak sedar waktu dah menghampiri penghujungnya.. aku mengucapkan Gong Xi Fa Cai... dan pelajar mula beredar..kecuali dua orang pelajar yang bertugas menutup semua tingkap dan pintu..

Alamak! Lupa pulak nak snap gambar diorang ni.. nasib baik sempat aku minta mereka duduk semula di kerusi..Inilah 2 orang pelajar comel Ting.1 Wawasan yang sempat ku tangkap gambarnya..


Yang lelaki bernama Qayyum dan yang perempuan pula namanya aku lupa.. nanti bila ada kesempatan, aku akan tanya balik namanya...Ooh..Qayyum? Chinese? memang ada keunikan dan kisah menarik di sebalik pelajar bernama Qayyum.. :) ..cukuplah sekadar aku dan guru-gurunya sahaja yang mengetahui..


Gong Xi Fa Cai kepada semua guru dan pelajar SMK TeMa2 yang berbangsa Cina.. 
Wah.. selamat bercuti seminggu.....


Hari Ke-4 Minggu 1 SMK TeMa2

P dan P berjalan seperti biasa.. awal2 pagi lagi dah ada kelas bersama Tingkatan 2 Progresif...

Ia dimulakan dengan sesi perkenalan.. apabila pengajaran dimulakan, nampaknya..kelas ni agak kurang memberi respon apabila diajukan soalan..perlu disoal berkali2...baru menjawab.. ramai yang buat hal sendiri semasa guru menyampaikan di depan..terlintas di fikiran yang kelas 2P ini mungkin kelas yang akan memberi cabaran kepada aku sebagai seorang guru.. P dan P diteruskan sehingga selesai... agak kecewa kerana kurang berjaya menghidupkan suasana..apakah yang patut aku buat??

Kembali ke bilik guru dan dengan segera berjumpa guru pembimbing ICTL .. meminta pendapat.. kami berbincang seketika dan turun bersama ke kantin..hari ni Cikgu Mahi belanja aku makan..Alhamdulillah... Thank u Kak Mahi..semoga Allah merahmati Kak Mahi..

Selesai makan, dalam perjalanan ke bilik guru..aku terserempak dengan Puan Norliza, guru pakar Matematik, aku mengambil peluang untuk mendapatkan maklumat mengenai prosedur PBS, skop pengajaran dan peruntukan waktu bagi beberapa bab yang akan diajar.. Ternyata dengan senang hati Puan Norliza berkongsi tips denganku..Thank u Cikgu Norliza yang lebih selesa dipanggil Kak Za..

Aku kembali ke tempat duduk di Bilik Guru.. ada dua surat yang ku terima.. Surat yang pertama ialah dari Pusat Sumber Sekolah menjemputku untuk hadir ke Taklimat Pengurusan Pusat Sumber Sekolah selepas cuti Tahun Baru Cina nanti..



Surat yang kedua dari pihak pengurusan..mengarahkan semua guru untuk memberikan kerja rumah kepada setiap pelajar sempena Program "Kerja Rumah-Setiap Hari, Setiap Minggu, Setiap Cuti.." ..setiap orang guru mata pelajaran MESTI menjalankan program tersebut berterusan sehingga ke akhir tahun...



Terus terlintas di fikiran, minggu depan adalah Cuti Tahun Baru Cina.. bermaksud hari ni aku perlu menyediakan bahan untuk kerja rumah pelajar2 ku semasa cuti tu nanti.. oleh sebab masih ada waktu, aku terus menyediakan bahan untuk Program Cuti Terancang... selang beberapa minit kemudian, Ustazah Maznah datang meminta bantuan dariku untuk membuat muka depan untuk soalan Cuti Terancang Tingkatan 3.. dia dah pun menyiapkan rangkanya pada kertas, tinggal aku tiru balik guna komputer je.. aku meminta sedikit waktu untuk menyiapkannya... dan berjanji akan menyerahkannya pada esok pagi.. selesai menyediakan bahan untuk cuti terancang, ku tengok jam rupanya dh tiba waktu utk pulang.. apa lagi chow je lah!!


Friday, 8 March 2013

Hari Ke-3 Minggu 1 SMK TeMa2

Hari ni takde P dan P..

Semua pelajar dan guru berkumpul di Dataran Perhimpunan SMK TeMa2 bermula pukul 8.00 pagi..untuk Majlis Sambutan Maulidur Rasul peringkat sekolah..


Majlis dipengerusikan oleh Ustazah Normila.. dimulakan dengan lagu Negaraku, Negeri Terengganu  dan lagu SMKTM2.. diteruskan dengan :
  • Ucapan Pengetua.. 
  • Pengagihan lembaran Solawat dan Bunga Rampai kepada guru-guru
  • Penyampaian Hadiah Hari Lahir kepada pelajar yang lahir pada 12 Rabiul Awal.. 
  • Penyampaian Sajak oleh pelajar..
  • Solawat beramai-ramai oleh Guru dan Pelajar

Kemudian, sambil bersolawat semua pelajar dan guru-guru mula berarak keluar dari kawasan sekolah..melalui jalan SMK Nasiruddin Shah dan SMK Tengku Mahmud I dan kemudian kembali ke SMKTM2.. Semasa perarakan pelajar bersolawat dan membawa kain rentang bagi kelas masing-masing..

Terdapat beberapa orang guru yang dilantik menjadi juri untuk pertandingan solawat, perarakan dan kain rentang.. Aku diminta oleh seorang guru lelaki yang aku tak ketahui namanya untuk membantunya mengadili kain rentang dan perarakan..pada waktu itu juga aku berkesempatan berkenalan dengan Cikgu Rosmaliza dan Cikgu Wan Syahida.. Cikgu Wan Syahida beri aku hint yang dia berharap aku dapat meluangkan waktu untuk membantu pihak Pusat Sumber Sekolah.. Insya Allah..itulah jawapanku...



Apabila semua telah selamat tiba di perkarangan sekolah, pelajar dan guru diberi waktu rehat selama 30 minit...Pada pukul 10.30pg, pelajar dan guru bergerak ke surau untuk mendengar ceramah Maulidur Rasul oleh Ustaz Zaki, ustaz yang dijemput khas dari SMKA Wataniah.. Ceramah yang disampaikan sangat menarik sehinggakan tak sedar masa berlalu.. Ustaz Zaki cukup berkebolehan untuk menarik dan mengekalkan perhatian pelajar supaya fokus terhadap ceramah yang disampaikan. Banyak betul bahan2 ICT seperti video dan gambar2 yang dipaparkan semasa ceramah. Pelajar dan guru-guru kelihatan terpaku dan khusyuk mengikuti ceramah beliau.. Banyak kisah-kisah Rasulullah S.A.W yang disampaikan memberi kesan di hati guru dan pelajar-pelajar. Ustaz ni juga banyak selitkan unsur-unsur kecindan... memang berbaloi sekolah menjemput Ustaz Zaki untuk ceramah hari ini..

 Apabila ceramah berakhir, majlis diteruskan dengan penyampaian hadiah bagi pertandingan sempena Maulidur Rasul iaitu perarakan,solawat,kain rentang dan termasuk juga kuiz Maulidur Rasul yang dianjurkan oleh Pusat Sumber Sekolah... Akhirnya majlis bersurai.. aku membantu guru mengagihkan nasi ayam bungkus + limau dan air mineral kepada semua pelajar..Pelajar berkumpul untuk makan sementara menunggu untuk Solat Zohor berjemaah...kemudian guru-guru mula beredar untuk menikmati hidangan nasi ulam di kantin sekolah.. Wah, sedap betul menu hari ni..aku makan bersama Cikgu Norazian dan  Cikgu Marniza..Setiap orang guru diberi 2 bungkus nasi ayam untuk dibawa pulang..Alhamdulillah..



Thursday, 7 March 2013

Hari Ke-2 Minggu 1 SMKTeMa2

Aku meneruskan tugas... Pada awal pagi, aku mengadap guru pembimbing ICTL.. Seterusnya mengadap guru pembimbing Matematik.. Sesi P dan P Maths bermula untuk pelajar-pelajar Tingktan 1 Progresif ..

 

Alhamdulillah,keadaan terkawal,cuma pelajar segan untuk beri respon bila disoal.. InsyaAllah,moga2 aku berjaya menyesuaikan diri dengan mereka nanti..banyak yang berlegar di kepala..perlu dirungkai satu persatu..

Tamat saja P dan P aku ke kantin.. membantu Ustazah Ramlah dan Cikgu Wan Matilah bersama beberapa orang pelajar tingkatan 5...menyediakan bunga rampai untuk majlis esok hari .

Hari Pertama Minggu 1 SMK TeMa2

Alhamdulillah.. akhirnya tiba jua hari untuk aku melaporkan diri sebagai guru pelatih di SMK TeMa2..


Perasaan bercampur baur mengusik tangkai jantungku... seawal 7.20pagi aku tiba di kawasan sekolah.. disebabkan tak tahu kat mana nak cari pejabat pentadbiran, aku mendekati seorang guru perempuan yang juga baru tiba di perkarangan sekolah..tak disangka rupanya guru tersebut adalah guru yang akan menjadi guru pembimbingku nanti..Puan Mahizatul Arshad@Azit atau lebih selesa dipanggil Kak Mahi.. Aku terus dibawa ke bilik PK1, Haji Nazlan Abdullah untuk sesi melaporkan diri dan sesi perkenalan..Kak Mahi menemani aku di bilik PK1 berbincang tentang syarat2 yang perlu dipenuhi sepanjang latihan mengajar.. termasuklah pembahagian jadual waktu.. kebetulan pada hari tersebut pehimpunan pagi dibatalkan...

Hasil perbincangan bersama PK1, aku ditugaskan untuk mengajar 3 kelas iaitu:
* Tingkatan 1E1 (kelas pertama Ting. 1) - ICTL (2 waktu) >> daripada Pn. Tg Zawiyah
* Tingkatan 1P (kelas keempat Ting.1) - ICTL (2 waktu) >> daripada Pn. Tg Zawiyah
* Tingkatan 1P (kelas keempat Ting.1) - Maths (5 waktu) >> daripada Pn. Bibi Nasratjahan
* Tingkatan 2P (kelas keempat Ting. 2) - ICTL (2 waktu) >> daripada Pn. Mahizatul Arshad

menjadikan waktu pengajaranku 11 waktu seminggu.. Alhamdulillah..

kemudian aku dibawa ke bilik Tuan Pengetua, Encik Wan Kamarudin Wan Nor untuk sesi seterusnya.. Kami berbincang mengenai tugas2 asas ku di sekolah dan juga tugas2 melibatkan bidang kokurikulum yang perlu aku libatkan diri..

Hasil perbincangan bersama Tuan Pengetua, aku ditugaskan menjadi guru penasihat kepada ;
* Pergerakan Puteri Islam (supaya senang nak sediakan uniform..hehe)
* Kontinjen Olahraga (pada mulanya beliau tulis bola jaring,tapi cancel pulak..katanya sebab nak suruh aku jaga budak Olahraga..)
* Kelab Komputer Sekolah..

Puan Mahi mencadangkan supaya aku duduk di Makmal Komputer memandangkan bilik guru sudah penuh. Namun Tuan Pengetua bertegas untuk meletakkan aku di bilik guru supaya tidak terasing.. Beliau sendiri yang ke bilik guru untuk mengarahkan beberapa orang guru untuk membantu aku untuk menyediakan tempat duduk.. Bakal tempat duduk aku sebenarnya adalah milik Puan Roslina, guru Kemahiran Hidup yang dah lama tak bertandang ke bilik guru kerana masalah kesihatan.. Puan Zalmah dan Puan Rosmaliza membantu aku mengemas dan membersihkan tempat dudukku di bilik guru...Terimakasih kepada semua yang membantu..

Setelah selesai , aku bersalaman dengan guru-guru di bilik guru kemudian memulakan sesi perbincangan dengan guru pembimbing..kemudian aku di bawa bertemu dengan Puan Tengku Zawiyah dan Puan Bibi Nasratjahan ( guru pembimbing Matematik ) untuk perbincangan mengenai skop pengajaran.

.. pada pukul 12.10tgh aku dibawa ke makmal komputer untuk mengendalikan sesi P dan P yang pertama untuk tingkatan 1 Progresif.. bermulalah kehidupanku sebagai Guru Pelatih.. ku mulakan dengan sesi perkenalan dan mencungkil pengetahuan sedia ada pelajarku... kelas tamat pada pukul 1.30tgh dan aku kembali ke bilik guru sementara menunggu waktu pulang pada pukul 2.40 petang..

Alhamdulillah Ya Allah, hariku berjalan lancar... Lindungilah perjalanan perjuanganku yang seterusnya bagi mendidik anak bangsaku... Ikhlaskanlah niatku.. Moga tiada kepincangan di setiap langkahku.. Amin..