Thursday, 7 March 2013

Hari Pertama Minggu 1 SMK TeMa2

Alhamdulillah.. akhirnya tiba jua hari untuk aku melaporkan diri sebagai guru pelatih di SMK TeMa2..


Perasaan bercampur baur mengusik tangkai jantungku... seawal 7.20pagi aku tiba di kawasan sekolah.. disebabkan tak tahu kat mana nak cari pejabat pentadbiran, aku mendekati seorang guru perempuan yang juga baru tiba di perkarangan sekolah..tak disangka rupanya guru tersebut adalah guru yang akan menjadi guru pembimbingku nanti..Puan Mahizatul Arshad@Azit atau lebih selesa dipanggil Kak Mahi.. Aku terus dibawa ke bilik PK1, Haji Nazlan Abdullah untuk sesi melaporkan diri dan sesi perkenalan..Kak Mahi menemani aku di bilik PK1 berbincang tentang syarat2 yang perlu dipenuhi sepanjang latihan mengajar.. termasuklah pembahagian jadual waktu.. kebetulan pada hari tersebut pehimpunan pagi dibatalkan...

Hasil perbincangan bersama PK1, aku ditugaskan untuk mengajar 3 kelas iaitu:
* Tingkatan 1E1 (kelas pertama Ting. 1) - ICTL (2 waktu) >> daripada Pn. Tg Zawiyah
* Tingkatan 1P (kelas keempat Ting.1) - ICTL (2 waktu) >> daripada Pn. Tg Zawiyah
* Tingkatan 1P (kelas keempat Ting.1) - Maths (5 waktu) >> daripada Pn. Bibi Nasratjahan
* Tingkatan 2P (kelas keempat Ting. 2) - ICTL (2 waktu) >> daripada Pn. Mahizatul Arshad

menjadikan waktu pengajaranku 11 waktu seminggu.. Alhamdulillah..

kemudian aku dibawa ke bilik Tuan Pengetua, Encik Wan Kamarudin Wan Nor untuk sesi seterusnya.. Kami berbincang mengenai tugas2 asas ku di sekolah dan juga tugas2 melibatkan bidang kokurikulum yang perlu aku libatkan diri..

Hasil perbincangan bersama Tuan Pengetua, aku ditugaskan menjadi guru penasihat kepada ;
* Pergerakan Puteri Islam (supaya senang nak sediakan uniform..hehe)
* Kontinjen Olahraga (pada mulanya beliau tulis bola jaring,tapi cancel pulak..katanya sebab nak suruh aku jaga budak Olahraga..)
* Kelab Komputer Sekolah..

Puan Mahi mencadangkan supaya aku duduk di Makmal Komputer memandangkan bilik guru sudah penuh. Namun Tuan Pengetua bertegas untuk meletakkan aku di bilik guru supaya tidak terasing.. Beliau sendiri yang ke bilik guru untuk mengarahkan beberapa orang guru untuk membantu aku untuk menyediakan tempat duduk.. Bakal tempat duduk aku sebenarnya adalah milik Puan Roslina, guru Kemahiran Hidup yang dah lama tak bertandang ke bilik guru kerana masalah kesihatan.. Puan Zalmah dan Puan Rosmaliza membantu aku mengemas dan membersihkan tempat dudukku di bilik guru...Terimakasih kepada semua yang membantu..

Setelah selesai , aku bersalaman dengan guru-guru di bilik guru kemudian memulakan sesi perbincangan dengan guru pembimbing..kemudian aku di bawa bertemu dengan Puan Tengku Zawiyah dan Puan Bibi Nasratjahan ( guru pembimbing Matematik ) untuk perbincangan mengenai skop pengajaran.

.. pada pukul 12.10tgh aku dibawa ke makmal komputer untuk mengendalikan sesi P dan P yang pertama untuk tingkatan 1 Progresif.. bermulalah kehidupanku sebagai Guru Pelatih.. ku mulakan dengan sesi perkenalan dan mencungkil pengetahuan sedia ada pelajarku... kelas tamat pada pukul 1.30tgh dan aku kembali ke bilik guru sementara menunggu waktu pulang pada pukul 2.40 petang..

Alhamdulillah Ya Allah, hariku berjalan lancar... Lindungilah perjalanan perjuanganku yang seterusnya bagi mendidik anak bangsaku... Ikhlaskanlah niatku.. Moga tiada kepincangan di setiap langkahku.. Amin..

0 comments:

Post a Comment