Dengan lafaz Bismillahirrahmanirrahim pemula bicara..
Hari ini ... hariku bermula dengan menulis sebuah blog " Cekgu Onie Kisah " .. rentetan dari tugasan semalam yang dititipkan oleh pensyarahku, Mr.B... pada hari kuliah terakhir kami di UniSZA..
Aku terkesan dengan apa yang beliau kongsikan iaitu mengenai sebuah blog guru teladan...http://www.apistakkisah.blogspot.com/... yang juga pernah dikongsikan oleh seorang lagi pensyarahku, Puan SFA a.m.n..... satu blog yang selayaknya menjadi inspirasi kepada semua yang bergelar pendidik di mana saja berada.. termasuklah aku seorang hamba Allah yang masih berada dalam latihan perguruan..
Nama blogku ini bermula dari cadangan tak sengaja seorang rakanku, Mursyida .. yg memberi respon terhadap seloroh pensyarahku berkait dengan nama blog... Onie Tak Kesah menjadi Onie Kesah...hehehe...jadi biarlah ia aku rakamkan sebagai titik mula kepada blogku yang dhaif ini...semoga segala catatan yang bakal dicoretkan dalam blogku ini, menjadi suatu yang bermanfaat untuk diriku dan semua..InsyaAllah...
0 comments:
Post a Comment